Thursday, July 22, 2010

Senario & Hala Tuju Pendidikan Kesusasteraan Melayu

Pendidikan Kesusasteraan di negara kita bukan sekadar menifestasi idea kepada masyarakat pelajar semata-mata malahan kesusasteraan harus menjadi frasarana yang utuh dan berfungsi dalam membina tamadun masyarakat dan sekaligus akan dapat meningkatkan etika sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik masyarakat sejagat.
Pendidikan Kesusasteraan di negara kita telah mendukung beberapa matlamat tertentu dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan pelajar terhadap karya sastera. Selain mengkaji dan menganalisis secara kritis sesebuah karya kreatif, pelajar di harap dapat menjiwai nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terdapat dalam sesebuah karya yang di kaji. Matlamat ini dilihat sebagai salah satu usaha utk menbentuk kemahiran menilai dlm kalangan pelajar khususnya dlm perspektif sosial dan budaya. Hubungan pendidikan kesusasteraan dgn falsafah pendidikan negara pula seharusnya dilihat sbg asas yg kukuh utk menuju ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh demi mewujudkan insan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks ini, falsafah pendidikan kesusasteraan itu sendiri mendukung aspirasi kesusasteraan yg tinggi dlm memupuk nilai-nilai kemasyarakatan sejagat. Di tinjau perspektif teks dan penyesuaian bahan spt yg dinyatakan, pendidikan kesusasteraan seharusnya berupaya merintis jalan keintelektualan diri pelajar. Hal ini sekaligus memberi pengertian kemurnian dan kesejagatan, unsur nilai dan seni secara kolektifnya di ukur bukan saja dari aspek isi kandungan bahkan dari segi sifat, bentuk dan ciri-ciri yg dpt mendukung laungan idealisme dan aspirasi masyarakat dan negara yg akhirnya dapat menjana sesebuah pemikiran yang berprinsip.
Oleh hal yg demikian, pendidikan kesusasteraan di negara kita dapat menjadi rol model idea dlm merombak dan membentuk suatu bentuk yg dinamik, progresif dan berketrampilan tinggi dlm erti kata yg nyata. kualiti pendidikan kesusasteraan di negara kita tidak hanya bergantung kpd corak persembahan sesebuah karya tetapi masejnya akan menjadi pemangkin sesebuah perbicaraan yg unggul. Apabila skop perbicaraan di khususkan kepada aspek apresiasi dan kritikan, maka pendidikan kesusasteraan di negara kita juga akan turut mendukung beberapa fungsi utama, antaranya fugsi sastera dan fungsi tugas. Fungsi sastera lebih menjurus ke arah nilai estetika,manakala fungsi tugas akan menjurus ke arah perbicaraan yg umum dan berlandaskan kepada pendapat dan kritikan. Kedua-dua fungsi ini seharusnya dapat di jana dlm kalangan pelajar agar realiti perbicaraan akan sentiasa berfokus dan dinamik. Pendidikan kesusasteraan harus ada sempadan yg jelas jika mahu malalui anjakan paradigma yg membina...
(Prof.Madya Dr Hjh Siti Khairiah bt Mohd Zubir)...Rabu 22/07/2010

No comments:

Post a Comment