Friday, December 30, 2011

~MPG Sastera di Pulau Pangkor~






Pada 27-28 Desember 2011 yang lalu telah berlangsungnya Program Malam Pra Graduasi (MPG) Kesusasteraan Melayu UPSI yang diadakan di Pulau Pangkor,Perak. Program yang berlangsung di Teluk Nipah,pangkor di sertai lebih 41 orang peserta.MPG ini diadakan bertujuan mengumpul semua mahasiswa dan mahasiswi Kesusasteraan Melayu semester akhir untuk bersama-sama buat kali yang terakhir sebelum menamatkan pengajian selama tiga tahun setengah di UPSI.Program yang dirangka telah diisi dengan beberapa aktiviti menarik seperti lawatan sekitar pulau, sukan pantai, banana bot, makan malam,persembahan, sukaneka, beli belah dan sebagainya. Rangkuman program dapat di lihat melalui gambar-gambar di bawah sebagai tatapan rakan-rakan...Terima kasih semua.











Monday, March 14, 2011

~kembara Tun Saban~


Assalamualaikum...Jam 06:35 pagi hanfon aku dah berbunyi,orang tu yg setiap hari tampa jemu kejut aku solat subuh,liat menyelak selimut,termenug seketika dikatil lalu bangkit mencapai tuala dan alat mandi ke bilik air.Hari ni pagi2 lagi aku dh bangun mandi,nk g kuliah awal tkut terlewat bin terlambat,siap punya siap pastu call Dr Talib Samat dia cakap kelas kemunkinan xda sebab ada kerja kt Fakulti yang belum dibereskan lagi,aku duduk kembali di kerusi pusaka bilikku yang setiap hari ku duduk dan mengadap laptop.Aku bangun menjenguk di jendela bilikku di aras 6 kolej Harun Aminurrashid,aura pagi yang begitu mendinginkan menusuk ke tulang dalamku,burung lelayang berterbangan sambil berkicau mesra,cuaca agak mendung,munkin petang atau malam nanti hujan akan turun di bumi Tanjung Malim ini seperti semalam.

Aku duduk di mejaku kembali,membuka plastik roti dan kaya manis Auntie Rosie's keluaran gardenia mengambil sudu dan menyapu kaya di dada roti tuk mengisi perut pagiku yang dari semalam tidak menjamah nasi. Sedang duduk mengunyah cebisan roti satu demi satu,aku teringat semula kisah kami pelajar kesusasteraan melayu yang pergi ke Grik perak tuk menjalankan seminar Tun Saban pembesar negeri perak yang namanya semakin dilupakan sejarah bangsa kita. Tun saban dikatakan orang, anak kepada Tun Perak iaitu bendahara melaka,Tun Saban jugalah yang dikatakan melantik Sultan perak pada ketika itu dimana Tun Saban merupakan penguasa di kawasan hulu perak. Aku sendiri bengong mendengar cerita dari beberapa orang bembentang seminar yang ada kaitan dengan tun saban sendiri yang mengemukakan cerita yang berlainan antara satu sama lain.

Pernah diceritakan dahulu,Tun Saban telah bertelagah dengan sultan perak yang mana sultan perak pada ketika itu dikatakan seorang "playboy" mahu mengambil anak perempuan tun saban tetapi tidak diizinkan tun saban,lalu berlakulah krisis diantara sultan dan juga Tun Saban pada ketika itu,tun saban diburu dan diperangi,namun disebabkan ilmu kekebalan yang dimiliki tidak ada seorangpun yang berjaya menangkap tun saban atau menewaskannya. Lalu baginda sultan membuka tawaran,jika ada sesiapa yang dapat menyelesaikan peperangan dengan tun saban maka orang itu akan diberi jawatan dlm pentadbiran perak,lalu megat tarawih pun memulakan perundingan dengan tun saban tampa berlakunya pertumpahan darah,dikatakan megat tarawih telah menembak tun saban kena pada dadanya,tetepi tidak lut,tun saban lalu mengutip peluru yang ditembak itu dan bertanya siapa tuan punya peluru lalu dijawab megat tarawih. lalu tun saban memanggil megat terawih dan disitulah bermula rundingan antara kedua-dua mereka.

Di penghujung cerita,megat terawih dikatakan berkahwin dengan anak tun saban dan berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara tun saban dengan baginda sultan,akhirnya kedua-dua pihak bersatu dan megat terawih dikatakan menjadi pembesar perak dan tun saban pula menjadi mertua kepada megat terawih yang juga merupakan pembesar perak. walau bagaimanapun,kesahehan ceritera ini tidak dapat dipastikan sama sekali kerana sejarah dan zaman telah lama meninggalkan kita,jejaknya juga hanya tinggal bekas-bekas samar yang membuka cerita yang pelbagai dari tafsiran,dan dari realiti yang entah berantah.

Ketika berlangsungnya seminar ini,ramai jugalah dari kalangan keluarga waris waros tun saban dan megat tarawih yang datang,pelbagai tanggapan dan andaian timbul ketika majlis berlangsung,ada yang menghujah dengan pelbagai cerita,fakta,alasan,logik dan sebagainya menegakan hujahan masing-masing sehingga pada waktu itu timbulnya sedikit pertelagahan mulut diantara mereka para pembentang. Seorang pembentang wanita yang agak lain dari yang lain dalam seminar tersebut yang saya telah lupa namanya telah membuka cerita baru yang bercanggah dengan ceritera yang dihuraikan kebanyakan pembentang lain sehinggakan ada yang tidak puas hati,marah,mencebik bibir,menggeleng kepala tanda protes dan tidak setuju.Aku yang pada waktu itu terasa mengantuk cerah bijik mata apabila ceritera dari akal asalku tiba-tiba berubah dan berlambaian baru. Walaubagaimanapun pengisahan dan penjejakan warisan berakhir dalam batas masa dan waktu yang tidak mengizinkan.

Di akhir coretan ini,ingin ku nyatakan bahawa aku melihat sejarah sememangnya masih banyak perlu dikaji dan diterokai,keadaan ini sama seperti yang berlaku di negeri sembilan dalam daerah tampin yang juga berlaku situasi yang seakan sama di perak iaitu diantara Raja Ali denga Syed syaaban yakni menantunya yang berebut takhta raja di tampin.sejarah tetap sejarah,namun sekali bah datang sekali pantai berubah,sekali zaman berputar bumi bertuah junjung melatah,sekian sahaja untuk kali ini,semoga berceloteh dilain waktu dan ketika,jika ada pandangan dan komentar yang mahu ditambah dan dikongsi,sama-samalah sebari,sekian... assalamualaikum...

~lamanya xupdate blog aku nih~

Assalamualaikum...lama dah rasanya aku tak berceloteh dalam blog aku nih,alkisahnya roomt aku la yang dok ce..ce..cecite sal blog,pastu teringat yang akupn ada blog jgk tpi dh dekat tujuh bulan aku xbkak,aduh...ptut la aku punya minda ni xberfungsi, rupa-rupanya dh lama aku xmemerah idea menulis sebaris dua ayat yang boleh dijadikan isi bagi tatapan pengunjung blogku yang tujuh bulan baru tujuh orang folower...hahaha

Sekarangni bukan main sebok lagi ngan asimnt yg nk kena submt,penig dh kepala aku ni dok buat tu buat ni tapi xsiap2 jgk,ai...malas betul,byak sngt "reba" kt dalam otak aku nih,kejap ke situ kejap kesini,buat keja tu buat keja ni,penig kepala aku. Jauh di sudut hati nk je aku balik kg tenagkan fikiran,jumpa ma abah,msti semua masalah hilang,tapi tu semua xmunkin berlaku dalam masa terdekat ni,aku dihimpit kerja yang bertimbun-timbun,mana nak layan program,mana nak hadir kelas,mana nk buat projek,ng tesis lagi tu yang nak kena kerah,penat..penat...

Apa-apapun aku tetap bersyukur dengan apa yang kulalui kini,biasa la tu,pelajar universiti,pengalaman tu yang penting sebelum kita keluar jadi produk kepada masyarakat,kita la kena sediakan diri kita betul-betul,kalau x hancussss...aku rasa baik aku brek dlu stkat ni,member aku dok tungu nk diskas asimnt tu,nanti membebel plak dia kt aku...have a nice day kawan-kawan Assalamualaikum.

Tuesday, August 3, 2010

"GURU KESUSASTERAAN & CABARAN MASA KINI"


Golongan guru memainkan peranan utama dalam kehidupan awal sastera tanah air hingga kekal ke hari ini, disamping menjalankan tugas sebagai penyelidik di sekolah dan di madrasah, mereka turut melibatkan diri dalam membicarakan persoalan sosioekonomi dan politik tanah air sama ada melalui tulisan atau persatuan. Karya guru sentiasa mendapat perhatian masyarakat dan sekaligus membentuk tanggapan tinggi masyarakat terhadap sastera. Pada ketika ini guru mendapat penghargaan yang cukup tinggi dalam masyarakat,lulusan guru sastera sama ada pada peringkat universiti atau maktab perguruan mendapat kemuliaan masyarakat sama seperti lulusan dalam bidang lain. Hal ini berterusan hingga tahun 1980-an dan hinggalah sekarang. Situasi di Malaysia pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21 telah memperlihatkan sinario yang berbeza kepada kerjaya guru sastera. Pada ketika ini negara sedang dalam proses pembangunan yang cukup pesat dalam pembangunan utk menuju kearah negara maju menjelang tahun 2020.
Bidang sastera menghadapi cabaran hebat akibat ledakan arus pembangunan negara yang berteraskan sains dan teknologi. Keperluan yang tinggi terhadap saintis, intelektual, multimedia dan tenaga kerja siber telah menjadikan bidang sastera di pinggirkan. Disiplin ilmu kesusasteraan yang menitik beratkan kajian tentang pemikiran budaya, moral, dan keperibadian bagsa seolah-olah tidak mempunyai nilai dalam saham pembangunan negara. Penghargaan masyarakat terhadap guru sastera turut semakin luntur dan lesu. Permasalahan ini turut memberi kesan emosi dan psikologi pada peringkat pengajian tinggi. Bidang sastera di lihat tidak menjamin bidang pekerjaan yang setimpal. Kepentingan sastera pada peringkat sekolah sentiasa releven sepanjang masa, sastera tidak boleh mati di sekolah.
Sastera sebagai asas utama dalam menyemai benih budaya, jati diri, dan identiti bangsa kepada warga Malaysia. Sastera memberi semangat dan roh kepada orang melayu, dalam masa yang sama guru sastera juga sentiasa mempunyai peranan yang cukup penting selaku perantara minda dan warisan budaya bagsa di sekolah. Kepentingan sastera pada era siber seharusnya tidak harus di nilai dari sudut ekonomi atau pembangunan teknologi mutimedia tetapi perlu merangkumi keseluruhan aspek pembangunan negara dan bangsa meliputi pembangunan sahsiah dan kemanusiaan.
Sastera di sekolah bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi menyemai dan menanam kefahaman tentang sesuatu perkara contohnya tentang nilai. Aspek kefahaman ini perlu diberi penekanan oleh guru, bukan sahaja pelajar boleh lulus peperiksaan dengan cemerlang tetapi menjadi pegangan dan ingatan mereka sepanjang masa. Masyarakat melayu kaya dengan warisan kebesaran minda bangsa yang terakam dalam pelbagai bentuk hasil persuratan, meliputi persoalan kepimpinan negara, undang2, adat istiadat, kepercayaan, sistem masyarakat, sosiopolitik, ekonomi dan sebagainya. Kesusasteraan boleh membawa masyarakat Malaysia lebih mengenali sejarah dan asal usul mereka. Banyak peristiwa yang berlaku dalam masyarakat hari ini sudahpun berlaku pada masa lalu dan menjadi bahan nukilan seniman dalam kesusasteraan melayu.
Banyak contoh teladan telah diungkapkan, sebagai contoh sekarang negara ini sedang hangat dengan isu rasuah. Sebenarnya bahaya rasuah sudah lama di bincangkan dalam pelbagai bentuk hasil kesusasteraan melayu dan menjadi salah satu tema dalam kesusasteraan. Usaha penulis daripada kalangan guru pada masa lalu harus di teruskan oleh generasi guru sastera hari ini. Guru mempunyai peranan besar dalam menunjuk arah kepada anak-anak muda untuk mendalami dan memahami kesinambungan warisan sastera negara. Jika benar kesungguhan guru, maka besarlah pula kesannya pada kehidupan sastera di sekolah. Jika hilang minat guru, maka hilanglah pula semangat sastera di sekolah. Kesannya bakal dirasai pada peringkat negara. Pihak sekolah pula harus bersungguh-sungguh memberikan perhatian dalam menentukan semua pelajar mendapat perhatian dan kefahaman yang mencukupi tentang sastera bangsa mereka dan kehampaan sastera masa kini adalah tentang penutupan kelas-kelas sastera di tingkatan 4 & 5 di sekolah. Jadi di mana silapnya...renung dan fikirkan.

Prof Madya Dr Hjh Siti Khairiah bt Mohd Zubir
Selasa 03 ogos 2010.
2.00-4.00 ptg. pc

Friday, July 23, 2010

Keinsafan...


Ya Allah, kenapa aku terlalu dekat dengan kejahatan ya Allah, ketika aku cuba melahirkan keteguhan iman didadaku,di mindaku, di hatiku dan di jasadku ketika itu juga nafsu liar seringkali membatasi keimananku dan aku sering tewas melawannya. Aku ingin menjadi seperti mereka -mereka yang taat dan kasih padamu ya Allah,tapi aku terlalu lemah,kerdil,kerdil jika di bandingkan dengan mereka ya Allah,setiap hari aku cuba dekat denganmu,cuba buang segala yang jahat itu jauh dariku tapi ketika itu ia lebih kuat dan terus membayangiku, di manakah lagi silap yang patut ku perbetulkan ya Allah,aku harus mencari sesuatu yang selama ini munkin aku lupa mengambil tahu akan dia, aku harus mencari di mana cacatnya, dimana koyaknya sehinggakna aku sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya ku lakukan,aku harus bertaubat,aku harus insaf,aku inginkan ketenangan,kebebasan. Tenang dari hasutan, bebas dari nafsu yang bergelimpangan,akal kenapa tidak kau canggahi nafsu,kenapa kau tewas padanya, nafsu kenapa kau sering mendustakan jahat kepada baik dan baik kau tukar jadikannya jahat. Bodohnya aku, tidak mampu ku tawan nafsuku sendiri,xmampu ku pintas ia dengan akalku,degan imanku dengan kuatku,mesti ada copeng-copeng koyak dalam ibadatku,dalam ikhlasku padanya,aku mohon padamu,semoga pintu taubat sentiasa terbuka buatku,semoga aku sedar akan salahku, dan semoga adanya iman yang teguh didadaku yang akan sentiasa melindungiku dari perkara keji dan munkar ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhh…amin

Thursday, July 22, 2010

Senario & Hala Tuju Pendidikan Kesusasteraan Melayu

Pendidikan Kesusasteraan di negara kita bukan sekadar menifestasi idea kepada masyarakat pelajar semata-mata malahan kesusasteraan harus menjadi frasarana yang utuh dan berfungsi dalam membina tamadun masyarakat dan sekaligus akan dapat meningkatkan etika sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik masyarakat sejagat.
Pendidikan Kesusasteraan di negara kita telah mendukung beberapa matlamat tertentu dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan pelajar terhadap karya sastera. Selain mengkaji dan menganalisis secara kritis sesebuah karya kreatif, pelajar di harap dapat menjiwai nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terdapat dalam sesebuah karya yang di kaji. Matlamat ini dilihat sebagai salah satu usaha utk menbentuk kemahiran menilai dlm kalangan pelajar khususnya dlm perspektif sosial dan budaya. Hubungan pendidikan kesusasteraan dgn falsafah pendidikan negara pula seharusnya dilihat sbg asas yg kukuh utk menuju ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh demi mewujudkan insan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks ini, falsafah pendidikan kesusasteraan itu sendiri mendukung aspirasi kesusasteraan yg tinggi dlm memupuk nilai-nilai kemasyarakatan sejagat. Di tinjau perspektif teks dan penyesuaian bahan spt yg dinyatakan, pendidikan kesusasteraan seharusnya berupaya merintis jalan keintelektualan diri pelajar. Hal ini sekaligus memberi pengertian kemurnian dan kesejagatan, unsur nilai dan seni secara kolektifnya di ukur bukan saja dari aspek isi kandungan bahkan dari segi sifat, bentuk dan ciri-ciri yg dpt mendukung laungan idealisme dan aspirasi masyarakat dan negara yg akhirnya dapat menjana sesebuah pemikiran yang berprinsip.
Oleh hal yg demikian, pendidikan kesusasteraan di negara kita dapat menjadi rol model idea dlm merombak dan membentuk suatu bentuk yg dinamik, progresif dan berketrampilan tinggi dlm erti kata yg nyata. kualiti pendidikan kesusasteraan di negara kita tidak hanya bergantung kpd corak persembahan sesebuah karya tetapi masejnya akan menjadi pemangkin sesebuah perbicaraan yg unggul. Apabila skop perbicaraan di khususkan kepada aspek apresiasi dan kritikan, maka pendidikan kesusasteraan di negara kita juga akan turut mendukung beberapa fungsi utama, antaranya fugsi sastera dan fungsi tugas. Fungsi sastera lebih menjurus ke arah nilai estetika,manakala fungsi tugas akan menjurus ke arah perbicaraan yg umum dan berlandaskan kepada pendapat dan kritikan. Kedua-dua fungsi ini seharusnya dapat di jana dlm kalangan pelajar agar realiti perbicaraan akan sentiasa berfokus dan dinamik. Pendidikan kesusasteraan harus ada sempadan yg jelas jika mahu malalui anjakan paradigma yg membina...
(Prof.Madya Dr Hjh Siti Khairiah bt Mohd Zubir)...Rabu 22/07/2010

Wednesday, July 21, 2010

Persuratan Melayu Berwajah Baru


Rabu 21 julai...UPSI,pembubaran ahli jawatankuasa (AJK) persatuan persuratan melayu UPSI 2009/2010 dan pelantikan ahli jawatankuasa baru persatuan persuratan melayu 2010/2011 telah berjalan dengan jayanya, kehadiran kesemua pelajar kesusasteraan melayu dari semester 1 hingga semester 7 dan di isi dengan kehadiran ayahnda tercinta dalam bidang sastera di UPSI iaitu Prof. Madya Dat0 Paduka Dr Mohd Rosli Saluddin telah memeriahkan lagi majlis tersebut.
Bekas Pengerusi persatuan persuratan melayu, Abang Rafizi mengucapkan terima kasih kepada AJK persuratan melayu yang lalu kerana telah banyak menyumbang jasa dan bakti kepada persatuan serta sastera amnya, dan berharap agar AJK yang baru di lantik di bawah pimpinan pengerusi baru persatuan, iaitu saudara Mohd Shahir Mohd Najib akan lebih gigih bekerja demi memastikan persatuan persuratan melayu terus gah sebagai satu persatuan yang di segani di UPSI.
Keberkesanan sebuah persatuan bergantung kepada kehebatan ahli yang mengerakkannya, Harapan semoga persatuan kali ini lebih hebat berbanding sebelumnya...insyallah

Tuesday, July 20, 2010

tea" 0" sekut tawar...


kehidupan adalah satu perjalanan,kita tidak pernah mempersoal kenapa kita di hidupkan walaupun kita tahu kita hidup sebagai hamba kepada yang maha esa,kebanyakan dari kita hanya berjalan tampa banyak bicara,menelusuri jalan-jalan walau membawa mereka kepada kesesatan, pernahkah kita memikirkan apakah bekalan yang akan kita bawa sebagai bekal ketika lapar dan dahaga,senjata apakah yang kita pikul untuk berhadapan mara bahaya di tengah perjalanan,bersediakah kita untuk menghadapai cabaran,ramai yang mengangap diri mereka hebat sedang mereka sendiri tidak tahu akan kehebatan mereka,saya percaya setiap daripada kita dikurniakan kehebatan yang berbeza,kita hidup berlandaskan agama,walau melangkau jauh dari kebenaran kita tetap berada antara garis dosa,pahala,baik atau jahat,sengsara atau bahagia.

Ketika hidup dari kematian yang sementara di malam hari,kita bangkit di dunia yang sama,cuba kita bayangkan bila di suatu saat setelah kita bangkit dari lena kita di bangkitkan di dunia yang berbeza,kita keseorangan,kita tidak lagi dapat melihat dunia yang sebelumnya kita kenal dia,meronta keseorangan,tidak ada ibu dan bapa,tidak kenal saudara,kosong...lapar dan dahaga,kepanasan,bertemankan padang pasir yang kontang,tiada berteman...jadi sebelum segalanya berubah,bangkitlah pagi dengan keimanan,dengan keceriaan,dengan senyuman seakan kita bersedia melalui pagi dan sepanjang hari dengan kecemerlangan dan kejayaan...